Pada zaman kegemilangan filem Melayu, Si Tanggang telah difilemkan pada tahun 1961 dan diarahkan oleh Jamil Sulong. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsuddin dan Zaiton. Kisah mengenai Tanggang yang hidupnya merempat bersama ibunya dan sering dibuli dan diejek oleh penduduk kampung.
Akhirnya Si Tanggang berhijrah. Pada mulanya dia menjadi kuli sebuah kapal. Atas kerajinan dia telah berjaya menjadi Nakhoda kapal hingga berjaya memikat anak gadis orang kaya pemilik kapal lalu berkahwin.
Akhirnya suami isteri itu berlayar ke pelabuhan di mana tanggang berasal. Penduduk kampung yang terlihatkan Tanggang telah memberitahu ibunya yang merindukan anaknya. Ibunya yang berasa gembira dengan kepulangan anaknya lalu ke pelabuhan memanggil anaknya yang berada di dek.
Si tanggang berasa malu dengan keadaan ibunya berbanding kecantikan dan kemasyuran yang dimilikinya. Dia tidak mengakui ibunya dan menolak ibunya dari kapal jatuh patah tangan.
Ibunya berasa sangat sedih. Lalu dia berdoa agar Si Tanggang mendapat balasan. Maka Si tanggang dan seluruh isinya disumpah menjadi batu dengan serta merta.
No comments:
Post a Comment