Koleksi mengimbau cerita zaman kegemilangan & nasihat zaman kanak kanak rakyat Malaysia

Friday, 6 October 2017

Gembala Kerbau Yang Berani

Pada suatu masa, Gunung Ledang didiami oleh harimau gunung yang ganas dan banyak sekali. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan menjadi mangsa dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu seperti berpesta kelaparan. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak hingusan habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah dan kecewa hampir bertekad untuk membunuh diri.



“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah kepada budak hingusan itu.

Budak itu sangat susah hati dan ketakutan. 
Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung / berhayal dibawah sepohon pokok seperti orang hisap syabu.

“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,” kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba di dalam fantasinya.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya  sial yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar !” kata budak itu dengan berani selepas menghisap syabu. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau di kala harimau itu tergamam. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu dengan getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya yang bersumang.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya.
Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. 

Sejak dari itu, tiada lagi harimau yang berani datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.

No comments:

Post a Comment